Blogger Backgrounds
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

.:12 Tips Isteri Idaman Suami:.

Assalamualiakum,
Sesungguhnya kejayaan seorang lelaki berdiri dibelakangnya ialah seorang wanita yang bergelar isteri yang hebat. Manakala kejayaan seorang anak pula berdiri dibelakangnya ialah juga seorang wanita yang bergelar ibu yang hebat.
Isteri dan ibu yang hebat itulah menjadikannya idaman ramai lelaki yang bergelar suami. 12 tips yang dinyatakan ini harus ada pada setiap wanita yang ingin menjadi isteri da ibu yang hebat.
1. Mentaati Allah dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah
2. Bersikap malu terhadap suami dan juga sentiasa berusaha untuk kelihatan sempurna bukan hanya dihadapan bahkan juga dibelakang suami.
3. Berdiam diri ketika suami bercakap dan bersuara setelah suami selesai berbicara. Bukan sepatah suami cakap, berpatah-patah dijawabnya.
4. Sentiasa bersikap hormat kepada suami. Contohnya, mengahntar suami ke muka pintu setiap kali suami nak ke tempat kerja dan menyambut sumi juga di muka pintu apabila suami pulang dari kerja. Ataupun nak best lagi…sambut suami dengan segelas air kosong pun tak apa.
5. Sentiasa bersedia apabila suami memerlukan. Jangan sesekali menunjukkan rasa terpaksa, penat dan sebagainya.Keikhlasan amat penting kerana dengan ikhlas segalanya akan menjadi ringan dan mudah.6. Memahami perubahan sikap suami. Contohnya ketika suami sedang marah,berduka,kecewa,cemas dan ingin bersendirian. Memang semulajadi lelaki sukar untuk meluahka apa yang dirasakan. Sebagai siteri jangan mudah terasa akan perubahan sikap tersebut.
7. Satu lagi sikap semulajadi lelaki adalah hanya memberikan satu tumpuan pada satu perkara dlam satu waktu. Jngan sesekali mengajak suami berbual atau bercerita tentang masalah kerja ketika dia sedang menonton perlawanan bola sepak atau sebagainya. Sesungguhnya perbuatan itu bukan sahaja membuatkan isteri kecewa keran tidak mendapat perhatian tetapi juga boleh menimbulkan kemarahan suami.
8. Memakai wangian dan pakaian sentiasa kemas ketika bersama suami. Ingat ketika diluar rumah, suami sentiasa berhadapan dengan wanita cantik,harum dan menggoda. Jadi,pastikan apabila pulang ke rumah, suami tidak berhadapan dengan isteri yang hanya berkain batik, muka berminyak dan berbau peluh yang kurang menyenangkan.
9. Sentiasa menjaga kehormatan diri terutama apabila ketiadaan suami disisi. Pakai pakaian yang menutup aurat dan sentiasa menjaga tingkah laku.
10. Bersyukur atas apa yang diberikan suami. jangan meminta-minta apalagi jika perkara yang diminta diluar kemampuan suami.
11. Tidak keluar rumah tanpa izin suami. Isteri berkerjaya bukan alasan untuk ke sana dan ke mari.
12. Sentiasa tersenyum kerana senyuman itu sebesar2 penawar walau dalam apa jua situasi. Selain itu, sentiasalah berdiri dibelakang suami dengan menjadi tongkat ketika suami jatuh dan pemangkin ketika suami berjaya.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: Sebaik-baik kalian ialah orang yang baik terhadap keluarganya, dan adalah saya orang yang paling baik kepada keluargaku, tidaklah menghormati kepada wanita kecuali orang yang mulia dan tidaklah menghinkannya kecuali orang tercela.

p.s. Maklumat diatas diubah suai sedikit daripada susunan asal  Maslina Ahmad- Majalah NUR.


Thursday, May 27, 2010

~renungan~

Utk peringatan sesama islam.

Hal Dajal ni dah lama dah dan berkurun-kurun dimana setiap nabi diperingatkan tentangnya. Tapi dajal tidak beroperasi sebagaimana ketika ini pada umat Muhammad.

Dajal bagi anak atau pemuja duniawi bermakna segala keajaiban seperti kemewahan, kesenangan, keselesaaan, kecantikan dan kekenyangan.

Bagi musuh dajal bermakna kesengsaraan, keperitan, kesakitan, kebuluran dan kematian dan peperangan.

Nabi  s.a.w dah pesan bahawa kita kena bersiap siaga dan menghindar dajal seboleh mungkin dan kita terpaksa bersendirian bila berhadapan dengannya kalau dah ditakdirkan bersemuka.

Kalau nak diteliti senario sekarang nampak gayanya dajal jelas dah beroperasi secara gobal terang-terangan, cuma identiti dia dikaburi dengan konspirasi yang dilaksanakan malaun-malaun ternakannya. Sebagai contoh ialah Zionis. Ada zionis Yahudi, Kristian dan Islam ( yang terpedaya dengan konsep toleransi dan ekonomi) dan lain-lain fahaman.

Begitu berkesan benih yang dajal suburkan dalam diri kita kebanyakannya dan hanya menanti ujian dari Allah s.w.t untuk mengklaskan diri kita yang kononnya risau akan hal dajal tapi perangai mendajal dan perdajal dah sebati.

Bagi wanita yang gemarkan kecantikan jangan risau sebab Dajal ada “solution” nak mengekalkan kecantikan dan keremajaan melalui teknologi yang lebih canggih dari yang ada sekarang umpamanya botox yang pasti akan ketinggalan zaman. Tunggu aje sebab tiket nak tempah pastinya berlambak dalam pasarannya nanti.

Bagi lelaki yang sukakan kekuatan untuk yang anu (di negara kita ada macam-macam tongkat ali dan lain-lain) jangan risau ada macam-macam ubat dan teknologi nak memuaskan kejantanan dan waktu tu ramai wanita yang cantik-cantik dan remaja untuk melayan dari golongan pemuja dajalisma.

Bagi yang kaya-raya sekarang ni himpunkan harta dengan cara serong yang selalu dilakukan sebab nak masuk dalam kroni dajal perlu ada berbillion-billion kalau tidak tak dapat masuk kelab. Kalau bukan ahli susah juga nanti terpaksa berebut-rebut untuk keselesaan dan kalau nasib tak baik jadi goyim yang perlu dikorbankan untuk kemudahan orang lain.

Bagi yang terpengaruh dengan jihad sonsang maka ada banyak lagi nyawa-nyawa yang tidak bersalah atau kanak-kanak, orang perempuan dan orang tua-tua untuk diletupkan dalam bas-bas, dalam pasaraya atau tepi-tepi jalan bagi memudahkan kerja dajal yang memang nak kurangkan umat manusia agar senang dikendalikannya nanti. Dajal hanya cuci tangan je sebab kerja kejam tu dilakukan oleh orang islam dan yang perlu dibencipun ialah orang islam dan agama islam.

Lihat sekarang ni anak-anak kita dari yang masih kecil hingga ke peringkat remaja dipersiapkan secara tidak sedar untuk jadi hamba dajal dan hamba nafsu serakah. Yang tidak tahan dan tidak sabar menanti saatnya dajal muncul terpaksa menghadapi hukuman merogol dan memperkosa anak-anak kecil sebab tak dapat kawal nafsu. Saranan dajal melalui media masa yang menjadi mulut dan mata dajal menyelinap hingga ke kamar tidur kita menjadikan manusia dewasa alpa dan terpengaruh hingga gagal mempertimbang kelakuan mereka dan akhirnya terjerumus dalam pengaruh nafsu yang bejat.

Apapun serangan idealogi dan konsep pembaharuan dalam islam semakin ketara bercanggahan sesama sendiri. Ada yang terlalu toleran dan kononnya bersandarkan kesederhanaan hingga segalanya mudah. Mudah untuk menelanjangi diri dan tubuh walaupun yang bertudung pada mata orang ramai sambil mendedahkan isyarat nafsu antara lelaki dan wanita, mendedahkan aib sesama sendiri dan mendedahkan rahsia rumah tangga hingga menjadi tarikan pada agen perosak yang mengambil kesempatan.

Mazhab pula yang sepatutnya menjadi asas tafsiran dan pemikiran serta landasan untuk menjalani hidup bermasyarakat menurut cara hidup beriman menjadi persengketaan tanpa ada penghujung. Kepercayaan pada Tuhan dan RasulNya yang memudahkan melalui Alquran dan Sunnah semakin terhakis dan cerdik pandai islam atau bergelar ulama sengaja mencari pertelagahan melalui ilmu perdebatan menurut nafsu. Hanya dia yang betul dan yang lain salah dan kesalahan tersebut ada yang sampai mengkafirkan orang lain yang tidak ingin menurut pendapat mereka.

Apabila Nabi s.a.w telah berpesan dan pesannya bukan dengan tidak bersungguh-sungguh maka kita kena ambil berat dan beringat sentiasa. Bukan hanya beringat identiti dajal itu siapa dan bila agaknya dia keluar dari persembunyiannya. Akal yang cerdas pun boleh berfikir, kalau dia dengan mudah dedah diri dia dah lama dia mati kena bunuh, tapi kesabaran dia menjadikan kita hilang sabar dan celaru haru biru sebab asyik menunggu dan tanpa sedar kena tipu setiap waktu. Apabila Saidina Umar Al Khatab mendengan puak munafik yang murtad dia mengambil pedang ingin pergi membunuh kerana sangkanya dajal dah keluar. Nabi s.a.w berpesan pada dia  yang itu bukan dajal sebenar dan sahabat nabi s.a.w itu pula tidak akan mampu membunuh dajal sebab kematian dajal dah ditentukan bukan ditangannya. Dajal akan menjadi fitnah terbesar dalam sejarah Umat Muhammad dan kini fitnahnya semakin tersebar merata ceruk dunia.

Dajal akan hanya muncul menjadi pemenang sementara dalam era idealoginya menjadi pujaan dan kepercayaan dan ia waktu itu amat diharapkan untuk membawa keamanan pada dunia yang dipenuhi dengan peperangan dan kemelaratan. Nabi dah pesan bahawa ia waktu itu berkuasa untuk memberi syurga ( kesenangan dan keseronokkan dan neraka ( penyeksaan dan kesengsaraan).



Kita pilih.. antara syurga kurniaan Allah s.w.t atau syurga dunia pemberian Dajal Al Masikh

Thursday, March 26, 2009

ReNunGan

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Friday, March 20, 2009

10 Surah yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W.

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik,terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam,insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,

"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan :

"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an.Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Thursday, March 12, 2009

wAniTa...bahye2.....

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.
Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

Friday, March 6, 2009

Jodoh.....

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
Kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Bezanya iman semot n iman manusia....

IMAN SEMUT...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi AllahSulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi AllahSulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yangkering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut : "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukupuntuk kamu".

Semut pun menjawab :"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin diatas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya : "Wahai semut, berapa banyakkahengkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makandalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandumsebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan : "Kalau kamu makan hanyasebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dandimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalambekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengansebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplaksemut : "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makansebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut : "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atasbatu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandumsebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnyadaripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamumasukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu danaku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supayatahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kuburorang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila adaorang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kuburuntuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah diINTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur,50 kubur sampai 100 kubur
.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya : "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islamyang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadapkiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian : " Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yangpercaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yangbanyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

19 KEISTIMEWAAN WANITA & 6 WANITA MALANG

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


6 JENIS WANITA MALANG

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

1. Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2. Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".

3. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

6. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.