Utk peringatan sesama islam.
Hal Dajal ni dah lama dah dan berkurun-kurun dimana setiap nabi diperingatkan tentangnya. Tapi dajal tidak beroperasi sebagaimana ketika ini pada umat Muhammad.
Dajal bagi anak atau pemuja duniawi bermakna segala keajaiban seperti kemewahan, kesenangan, keselesaaan, kecantikan dan kekenyangan.
Bagi musuh dajal bermakna kesengsaraan, keperitan, kesakitan, kebuluran dan kematian dan peperangan.
Nabi s.a.w dah pesan bahawa kita kena bersiap siaga dan menghindar dajal seboleh mungkin dan kita terpaksa bersendirian bila berhadapan dengannya kalau dah ditakdirkan bersemuka.
Kalau nak diteliti senario sekarang nampak gayanya dajal jelas dah beroperasi secara gobal terang-terangan, cuma identiti dia dikaburi dengan konspirasi yang dilaksanakan malaun-malaun ternakannya. Sebagai contoh ialah Zionis. Ada zionis Yahudi, Kristian dan Islam ( yang terpedaya dengan konsep toleransi dan ekonomi) dan lain-lain fahaman.
Begitu berkesan benih yang dajal suburkan dalam diri kita kebanyakannya dan hanya menanti ujian dari Allah s.w.t untuk mengklaskan diri kita yang kononnya risau akan hal dajal tapi perangai mendajal dan perdajal dah sebati.
Bagi wanita yang gemarkan kecantikan jangan risau sebab Dajal ada “solution” nak mengekalkan kecantikan dan keremajaan melalui teknologi yang lebih canggih dari yang ada sekarang umpamanya botox yang pasti akan ketinggalan zaman. Tunggu aje sebab tiket nak tempah pastinya berlambak dalam pasarannya nanti.
Bagi lelaki yang sukakan kekuatan untuk yang anu (di negara kita ada macam-macam tongkat ali dan lain-lain) jangan risau ada macam-macam ubat dan teknologi nak memuaskan kejantanan dan waktu tu ramai wanita yang cantik-cantik dan remaja untuk melayan dari golongan pemuja dajalisma.
Bagi yang kaya-raya sekarang ni himpunkan harta dengan cara serong yang selalu dilakukan sebab nak masuk dalam kroni dajal perlu ada berbillion-billion kalau tidak tak dapat masuk kelab. Kalau bukan ahli susah juga nanti terpaksa berebut-rebut untuk keselesaan dan kalau nasib tak baik jadi goyim yang perlu dikorbankan untuk kemudahan orang lain.
Bagi yang terpengaruh dengan jihad sonsang maka ada banyak lagi nyawa-nyawa yang tidak bersalah atau kanak-kanak, orang perempuan dan orang tua-tua untuk diletupkan dalam bas-bas, dalam pasaraya atau tepi-tepi jalan bagi memudahkan kerja dajal yang memang nak kurangkan umat manusia agar senang dikendalikannya nanti. Dajal hanya cuci tangan je sebab kerja kejam tu dilakukan oleh orang islam dan yang perlu dibencipun ialah orang islam dan agama islam.
Lihat sekarang ni anak-anak kita dari yang masih kecil hingga ke peringkat remaja dipersiapkan secara tidak sedar untuk jadi hamba dajal dan hamba nafsu serakah. Yang tidak tahan dan tidak sabar menanti saatnya dajal muncul terpaksa menghadapi hukuman merogol dan memperkosa anak-anak kecil sebab tak dapat kawal nafsu. Saranan dajal melalui media masa yang menjadi mulut dan mata dajal menyelinap hingga ke kamar tidur kita menjadikan manusia dewasa alpa dan terpengaruh hingga gagal mempertimbang kelakuan mereka dan akhirnya terjerumus dalam pengaruh nafsu yang bejat.
Apapun serangan idealogi dan konsep pembaharuan dalam islam semakin ketara bercanggahan sesama sendiri. Ada yang terlalu toleran dan kononnya bersandarkan kesederhanaan hingga segalanya mudah. Mudah untuk menelanjangi diri dan tubuh walaupun yang bertudung pada mata orang ramai sambil mendedahkan isyarat nafsu antara lelaki dan wanita, mendedahkan aib sesama sendiri dan mendedahkan rahsia rumah tangga hingga menjadi tarikan pada agen perosak yang mengambil kesempatan.
Mazhab pula yang sepatutnya menjadi asas tafsiran dan pemikiran serta landasan untuk menjalani hidup bermasyarakat menurut cara hidup beriman menjadi persengketaan tanpa ada penghujung. Kepercayaan pada Tuhan dan RasulNya yang memudahkan melalui Alquran dan Sunnah semakin terhakis dan cerdik pandai islam atau bergelar ulama sengaja mencari pertelagahan melalui ilmu perdebatan menurut nafsu. Hanya dia yang betul dan yang lain salah dan kesalahan tersebut ada yang sampai mengkafirkan orang lain yang tidak ingin menurut pendapat mereka.
Apabila Nabi s.a.w telah berpesan dan pesannya bukan dengan tidak bersungguh-sungguh maka kita kena ambil berat dan beringat sentiasa. Bukan hanya beringat identiti dajal itu siapa dan bila agaknya dia keluar dari persembunyiannya. Akal yang cerdas pun boleh berfikir, kalau dia dengan mudah dedah diri dia dah lama dia mati kena bunuh, tapi kesabaran dia menjadikan kita hilang sabar dan celaru haru biru sebab asyik menunggu dan tanpa sedar kena tipu setiap waktu. Apabila Saidina Umar Al Khatab mendengan puak munafik yang murtad dia mengambil pedang ingin pergi membunuh kerana sangkanya dajal dah keluar. Nabi s.a.w berpesan pada dia yang itu bukan dajal sebenar dan sahabat nabi s.a.w itu pula tidak akan mampu membunuh dajal sebab kematian dajal dah ditentukan bukan ditangannya. Dajal akan menjadi fitnah terbesar dalam sejarah Umat Muhammad dan kini fitnahnya semakin tersebar merata ceruk dunia.
Dajal akan hanya muncul menjadi pemenang sementara dalam era idealoginya menjadi pujaan dan kepercayaan dan ia waktu itu amat diharapkan untuk membawa keamanan pada dunia yang dipenuhi dengan peperangan dan kemelaratan. Nabi dah pesan bahawa ia waktu itu berkuasa untuk memberi syurga ( kesenangan dan keseronokkan dan neraka ( penyeksaan dan kesengsaraan).
Kita pilih.. antara syurga kurniaan Allah s.w.t atau syurga dunia pemberian Dajal Al Masikh
Thursday, May 27, 2010
~renungan~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment